0
MEMAKAI PAKAIAN BERGAMBAR SEMASA MENDIRIKAN SOLAT

Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim:

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ ، قَالَ : حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ ، قَالَ : حَدَّثَنَا ابْنُ شِهَابٍ ، عَنْ عُرْوَةَ ، عَنْ عَائِشَةَ ، أَنّ النَّبِيَّ ص صَلَّى فِي خَمِيصَةٍ لَهَا أَعْلَامٌ، فَنَظَرَ إِلَى أَعْلَامِهَا نَظْرَةً، فَلَمَّا انْصَرَفَ، قَالَ : " اذْهَبُوا بِخَمِيصَتِي هَذِهِ إِلَى أَبِي جَهْمٍ وَائْتُونِي بِأَنْبِجَانِيَّةِ أَبِي جَهْمٍ فَإِنَّهَا أَلْهَتْنِي آنِفًا عَنْ صَلَاتِي " ، وَقَالَ هِشَامُ بْنُ عُرْوَةَ : عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ عَائِشَةَ ، قَالَ النَّبِيُّ ص: كُنْتُ أَنْظُرُ إِلَى عَلَمِهَا وَأَنَا فِي الصَّلَاةِ فَأَخَافُ أَنْ تَفْتِنَنِي

Maksudnya : Telah diriwayatkan dari Urwah dari Aisyah, bahawasanya Nabi SAW solat memakai baju (gamis) yang ada gambarnya, lalu beliau memandang gambarnya dengan sekali pandangan. Ketika selesai solat beliau bersabda, “Bawalah khamisah ini kepada Abu Jahm dan bawakanlah untukku anbijaniyah milik Abu Jahm, kerana sesungguhnya ia telah menggangguku dalam solat.”
Hisyam bin Urwah berkata dari bapanya, dari Aisyah, “Nabi SAW bersabda, ‘Aku melihat gambar itu padahal aku sedang melakukan solat, maka aku khuatir dapat menggangguku’.

KETERANGAN:

ü  Khamisah : Suatu kain berukuran segi empat dan memiliki dua gambar.
ü  Anbijaniyah : Kain yang kasar dan tidak bergambar.
ü  Ibnu Daqiq Al-Id berkata : “Riwayat ini menjelaskan sikap Nabi SAW yang segera melakukan sesuatu untuk kemaslahatan solat dan menghilangkan semua yang merosakkannya.”
Kesimpulannya, bahawa semua yang dapat mengganggu solat berbentuk lukisan dan selainnya adalah makruh hukumnya. Ath-Thaibi berkata : “Di sini terdapat keterangan bahawa gambar serta hal-hal konkrit lainnya memiliki pengaruh terhadap hati yang suci dan jiwa yang bersih, terlebih lagi jiwa yang rendah darinya.”

-WALLAHUA’LAM-


Ibnu Hajar Al Asqalani. 2009. Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al Bukhari. Penterjemah : Gazirah Abdi Ummah. Cetakan 6. Jilid 3. Jakarta : Pustaka Azzam. Kitab Shalat. Bab 14. Halaman 60-63.

0 comments:

Post a Comment

Back to Top