JANGAN MARAH
.jpg)
لاَ تَغْضَبْ. فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ: لاَ تَغْضَبْ
“Janganlah engkau marah”. Lelaki itu
mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: “Janganlah engkau
marah”.[1]
KEFAHAMAN
HADIS:
1. Akhlak
Seorang Muslim
Seorang
Muslim adalah insan yang mempunyai ciri-ciri kemuliaan akhlak dan memakai sifat
tawaduk. Sentiasa sabar terhadap perkara-perkara sukar dan menahan kemarahannya
jika di luar batasannya. Beliau berupaya mengawal dirinya daripada menyakiti
orang lain dan memaafkan orang lain walaupun mampu untuk membalas keburukan
tersebut.
2. Kemarahan
Mengumpulkan Kejahatan
Rasulullah
SAW sentiasa mengulangi jawapan yang sama kepada lelaki tersebut walaupun
ditanyakan soalan yang sama beberapa kali. Hal ini menunjukkan bahawa wasiat
tersebut sudah pun mencukupi dan sampai kepada maksudnya. Telah diriwayatkan
daripada Imam Ahmad mengenai seseorang yang bertanya: “Maka aku berfikir ketika
Nabi SAW bersabda dengan sabdanya, kerana kemarahan itu akan mengumpulkan
kesemua keburukan. Maknanya, jika tidak marah maka seseorang itu akan
meninggalkan kesemua kejahatan.
3. Marah
Kerana Allah
Sifat marah
itu satu sifat tercela di mana seorang Muslim dituntut untuk merawatinya dan
menjauhkan dirinya daripada segala asbab. Adapun marah semata-mata kerana Allah
adalah marah terhadap perkara-perkara yang melewati batasan agama yang
merosakkan akidah, menyerang akhlak atau mengurangkan ibadat.
(Sumber:
Al-Wafi fi Syarh al-Arbain Nawawiyyah oleh Dr Mustafa al-Bugha & Dr
Muhyiddin Dib Misto. 2007. Dar al-Kalam al-Tib, Dimashq.)
(Hadis
riwayat Imam Al-Bukhari di dalam kitab al-Adab, bab: Berjaga-jaga dari sifat
marah, hadis no: 5675)
0 comments:
Post a Comment