KESEDERHANAAN RASULULLAH SAW
Hadith
diriwayatkan oleh Imam Bukhari:
حَدَّثَنَا
أَبُو مَعْمَرٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ، حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ أَبِي
عَرُوبَةَ، عَنْ قَتَادَةَ، عَنْ أَنَسٍ ـ رضى الله عنه ـ قَالَ
لَمْ
يَأْكُلِ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم عَلَى خِوَانٍ حَتَّى مَاتَ، وَمَا أَكَلَ
خُبْزًا مُرَقَّقًا حَتَّى مَاتَ.
Maksudnya:
Dari Anas RA dia
berkata; "Nabi SAW tidak pernah makan di atas khiwan (tempat yang sangat
besar/meja makan/pinggan) hingga beliau meninggal, dan tidak juga memakan roti
yang lunak hingga beliau meninggal."
KETERANGAN:
Ø Di Sunnahkan untuk tidak menyerupai
orang-orang yang bermegah-megah dan berlebih-lebihan serta menyombongkan diri
dalam hal makan,minum dan pakaian.
Ø Kezuhudan Rasulullah SAW terhadap dunia
(harta) dan penolakannya terhadap pelbagai kenikmatan serta berusaha untuk
melarikan diri dari godaan (dunia). Malah baginda lebih suka bergabung dengan
kaum fakir miskin dalam makan,minum dan kasih sayang serta sikap baik kepada
mereka.
Dunia merupakan jambatan menuju ke akhirat. Maka
gunakanlah dunia ini sebaik-baiknya untuk bekalan menuju akhirat. Sifat
kesederhanaan Nabi SAW patut dijadikan contoh dan motivasi sebagai umatnya
untuk tidak terlampau tenggelam dalam mengejar dunia. Akan tetapi tidak
bermakna kita perlu abaikan dunia. Disamping itu para Pemimpin Islam juga harus
mencontohi sikap dan sifat seorang pemimpin ISLAM sebagaimana hadith diatas.
Tidak menjadi kehinaan sekiranya para Pemimpin mengikuti jejak langkah Baginda
SAW yg hidup dalam kesederhanaan.
(Shahih
Bukhari, Kitab Riqaq, Hadith No: 6450)
(Salim ‘Ied al-Hilal. 2005. Syarah Riyadus Solihin. PT.Pustaka Imam
Syafie)
0 comments:
Post a Comment