BERDUSTA TERHADAP NABI SAW
Hadith
diriwayatkan oleh Imam Bukhari:
حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ،
قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ جَامِعِ بْنِ شَدَّادٍ، عَنْ عَامِرِ بْنِ عَبْدِ
اللَّهِ بْنِ الزُّبَيْرِ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ قُلْتُ لِلزُّبَيْرِ إِنِّي لاَ
أَسْمَعُكَ تُحَدِّثُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم كَمَا يُحَدِّثُ
فُلاَنٌ وَفُلاَنٌ. قَالَ أَمَا إِنِّي لَمْ أُفَارِقْهُ وَلَكِنْ سَمِعْتُهُ
يَقُولُ " مَنْ كَذَبَ عَلَىَّ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ
النَّارِ ".
Maksudnya:
'Amir bin
'Abdullah bin Az Zubair dari Bapaknya berkata, "Aku berkata kepada Az Zubair,
"Aku belum pernah mendengar kamu membicarakan sesuatu dari Rasulullah SAW
sebagaimana orang-orang lain membicarakannya?" Az Zubair menjawab,
"Aku tidak pernah berpisah dengan beliau, aku mendengar beliau mengatakan:
"Barangsiapa berdusta terhadapku maka hendaklah ia persiapkan tempat
duduknya di neraka."
KETERANGAN:
Ø Bohong dalam hadith ini adalah Umum, iaitu merangkumi segala jenis
pembohongan tidak kira dari segi percakapan mahupun perbuatan.
Ø Sahabat Nabi SAW iaitu Zubair bin Awwam RA memilih untuk tidak
terlalu banyak meriwayatkan hadith kerana mengambil langkah berjaga-jaga dan
berhati-hati terhadap hadith larangan dari baginda SAW.
Ø Ganjaran bagi orang yang melakukan PENDUSTAAN terhadap baginda SAW
adalah NERAKA.
Maka
marilah kita bersama-sama memikirkan sejenak terhadap sikap kita, adakah kita
berhati-hati dalam menyatakan sesuatu hukum itu atau sebaliknya. Adapun
terdapat banyak lagi dalil-dalil larangan terhadap pembohongan keatas baginda
SAW.
(Sahih Bukhari. Kitab Ilmu. Hadith
No: 107)
(Ibnu Hajar al-Asqalani, 2009,
Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al-Bukhari. Jakarta : Pustaka Azzam)
0 comments:
Post a Comment