0
BEBAN KESUSAHAN MENGIKUT KEMAMPUAN

Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim:

حَدَّثَنِي حَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَى التُّجِيبِيُّ، أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ، أَخْبَرَنِي يُونُسُ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، أَخْبَرَنِي أَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، وَسَعِيدُ بْنُ الْمُسَيَّبِ، قَالاَ كَانَ أَبُو هُرَيْرَةَ يُحَدِّثُ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ ‏
 "‏ مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوهُ وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَافْعَلُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ فَإِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ كَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَاخْتِلاَفُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ ‏"
Maksudnya:

Dari Abu Hurairah menceritakan, sesungguhnya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “ Apa yang aku larang maka hendaklah kalian menghindarinya dan apa yang aku perintahkan maka hendaklah kalian laksanakan semampu kalian. Sesungguhnya kehancuran orang sebelum kalian adalah kerana banyaknya pertanyaan mereka (yang tidak berguna) dan penentangan mereka terhadap nabi-nabi mereka.”

KETERANGAN:

Ø  Imam Nawawi: maksud dari kata-kata” Apa yang aku larang maka hendaklah kalian menghindarinya” adalah segalah larangan syariat secara keseluruhan. Namun larangan tersebut terbahagi kepada dua: larangan HARAM dan larangan MAKRUH.
Ø  Hadith ini juga merupakan anjuran terhadap rukhsah (keringanan) yang diberikan oleh Allah SWT dalam beribadah mengikut kadar kemampuan.
Ø  Banyaknya tanya itu boleh membawa kepada kehancuran sebagaimana yang berlaku dikalangan Bani Israel. Untuk mengetahui bagaimana kemusnahan kaum Bani Isrel akibat dari pertanyaan maka boleh dirujuk dari kitab-kitab sejarah para Nabi.

Sesungguhnya konsep untuk bertanya itu terdapat saranan dalam Surah al-Anbiya’:7, firman Allah SWT:

(#þqè=t«ó¡sù Ÿ@÷dr& ̍ò2Ïe%!$# bÎ) óOçFZä. Ÿw šcqßJn=÷ès? ÇÐÈ

“Maka bertanyalah kamu kepada ahlu zikr (orang yang berilmu) jika kamu tidak mengetahui.
Allah SWT yang mencipta manusia tidak pernah memerintahkan sesuatu yang diluar dari kesanggupan dan kemampuan. Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah: 286:

Ÿw ß#Ïk=s3ムª!$# $²¡øÿtR žwÎ) $ygyèóãr 4

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”



Sahih Muslim. Kitab Fadhail. Hadith No: 1337)

(Muis & Suhadi, 2012. Syarah Hadith 40 Imam Nawawi.Kemilau Publika Sdn Bhd)

0 comments:

Post a Comment

Back to Top