Hadith diriwayatkan oleh Imam
Bukhari:
حَدَّثَنَا أَبُو مَعْمَرٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ، حَدَّثَنَا
جَعْدٌ أَبُو عُثْمَانَ، حَدَّثَنَا أَبُو رَجَاءٍ الْعُطَارِدِيُّ، عَنِ ابْنِ
عَبَّاسٍ ـ رضى الله عنهما ـ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فِيمَا يَرْوِي
عَنْ رَبِّهِ عَزَّ وَجَلَّ قَالَ قَالَ
" إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ
الْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ، ثُمَّ بَيَّنَ ذَلِكَ فَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ
فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً، فَإِنْ
هُوَ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ
إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ إِلَى أَضْعَافٍ كَثِيرَةٍ، وَمَنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ
فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً، فَإِنْ
هُوَ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ سَيِّئَةً وَاحِدَةً
".
Maksudnya:
Dari Ibnu Abbas RA, dari Nabi SAW yang beliau riwayatkan dari
tuhannya (hadis qudsi) Azza wa jalla berfirman, dan beliau sabdakan;
"Allah menulis kebaikan dan kejahatan, " kemudian beliau jelaskan perkara itu; "Siapa yang
berniat kebaikan lantas tidak jadi ia amalkan, Allah mencatat satu kebaikan
disisinya secara sempurna, dan jika ia berniat lantas ia amalkan, Allah
mencatatnya sepuluh kebaikan, bahkan hingga dilipat gandakan tujuh ratus kali,
bahkan lipat ganda yang tidak terbatas, sebaliknya barangsiapa yang berniat
melakukan kejahatan kemudian tidak jadi ia amalkan, Allah menulis satu kebaikan
disisi-Nya secara sempurna, dan jika ia berniat kejahatan dan jadi ia lakukan,
Allah menulisnya sebagai satu kejahatan saja."
KETERANGAN:
Ø Daripada hadith tersebut dapat digambarkan keluasan
rahmat dan kasih sayang Allah SWT kepada hambanya. Setiap perbuatan yang baik
akan dicatit dan digandakan mengikut kadar mutu keikhlasan amalan seseorang.
Bahkan dengan hanya berniat sahaja Allah SWT menyurut para malaikatnya menulis
dalam catitan sebagai 1 kebaikan.
Ø At Tabari menyatakan daripada hadith ini juga
menunjukkan kebenaran berkenaan para malaikat akan menulis setiap perbuatan
seseorang walaupun dengan hanya berniat.
Ø Dalil quran dalam Surah al-An’am:160
`tB uä!%y` ÏpuZ|¡ptø:$$Î/ ¼ã&s#sù çô³tã $ygÏ9$sWøBr& (
“Siapa yang membawa amalan kebaikan, maka baginya
(pahala) sepuluh kali ganda amalnya.”
Alangkah ruginya bagi kita untuk tidak mengambil
peluang dalam mengejar ganjaran dan rahmat Allah SWT untuk menambahkan catitan
amal kebajikan kita, walaupun dengan hanya terdetik niat di hati.Dan juga,
janganlah kita mengambil kesempatan diatas rahmat Allah SWT dalam melakukan
maksiat.
(Sahih Bukhari. Kitab Riqaq. Hadith No:6491)
(Muis & Suhadi, 2012. Syarah Hadith 40 Imam
Nawawi.Kemilau Publika Sdn Bhd)
0 comments:
Post a Comment