0
AKHIR ZAMAN

Hadith diriwayatkan oleh Imam Bukhari:

حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ، أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، قَالَ أَخْبَرَنِي حُمَيْدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم
‏"‏ يَتَقَارَبُ الزَّمَانُ وَيَنْقُصُ الْعَمَلُ، وَيُلْقَى الشُّحُّ وَيَكْثُرُ الْهَرْجُ ‏"‏‏.‏ قَالُوا وَمَا الْهَرْجُ قَالَ ‏"‏ الْقَتْلُ، الْقَتْلُ

Maksudnya:

Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Zaman akan semakin dekat, dicabutnya ilmu, akan timbul fitnah-fitnah, dimasukkan (ke dalam hati) sifat kikir dan akan banyak Al-Harj”, mereka (para sahabat) bertanya: “Apakah Al-Harj wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Pembunuhan”Pembunuhan."

KETERANGAN:

ü  Sebagaimana yang berlaku pada zaman kita ini menggambarkan kebenaran hadith Nabi SAW
ü  Perlu berpegang teguh dengan Al-Quran dan Al-Sunnah agar terselamat dari fitnah akhir zaman.
ü  Buat persiapan yang secukupnya dengan mendalami ilmu agama dan mendidik dan mentarbiah sekurang-kurangnya ahli keluarga kita



(Sahih Bukhari. Kitab Adab, Hadith No:6037)


FITNAH YANG MENGENAI SEMUA RUMAH

Hadith diriwayatkan oleh Imam Bukhari:

حدثنا الحميدي حدثنا الوليد بن مسلم حدثنا عبد الله بن العلاء بن زبر قال: سمعت بسر بن عبيد الله أنه سمع أبا إدريس قال: سمعت عوف بن مالك قال: أتيت النبي صلى الله عليه وسلم في غزوة تبوك- وهو في قبة من أدم- فقال: اعدد ستا يدي الساعة: موتي ، ثم فتح بيت المقدس، ثم موتان بأخذ فيكم كقعاص الغنم، ثم استفاضة المال حتى يعطى الرجل مائة دينار فيظل ساخطا، ثم فتنة لا يبقى بيت من العرب إلا دخلته، ثم هدنة تكون بينكم وبين بني الأصفر فيغدرون، فيأتونكم تحت ثمانين غاية تحت كل غاية اثنا عشر ألفا

Maksudnya:

Daripada Bukhari dengan sanad daripada Auf bin Malik berkata: Aku berjumpa Nabi s.a.w dalam perang Tabuk dan Rasul s.a.w berada di dalam khemah daripada kulit binatang. Nabi s.a.w bersabda: kiralah enam perkara sebelum kiamat. 1. Kematianku 2. Pembukaan Bait al-Maqdis 3. Kematian yang besar yang akan mengambil kamu sama seperti penyakit ulat pada kambing ( iaitu taun yang berlaku kepada penduduk Syam) 4. Harta melimpah sehingga lelaki diberi seratus dinar namun dia tetap marah 5. Fitnah yang akan kena semua rumah orang Arab 6. Perdamaian antara kamu dengan orang-orang Rom lalu mereka akan memungkiri janji dan mereka akan datang dengan 80 bendera dan setiap satu bendera ada 12 ribu bala tentera.

KETERANGAN:

Ø  ستا (Enam). Maksudnya, enam tanda-tanda akan terjadinya Kiamat, atau tampak tanda-tanda yang mendekati terjadinya Kiamat.
Ø  ثم موتان (Kemudian kematian).
Ø  Al-Qazzaz berkata, “ Kata ‘mutaan’ bermakna kematian”. Sementara ulama lain selain daripadanya berkata, “Maknanya adalah kematian yang sangat banyak”.
Ø  Dalam riwayat Ibnu as-Sakan disebutkan “mautataan” (dua kematian), iaitu dalam bentuk tatsniyah (ganda). Dengan demikian, harus dibaca fathah pada huruf pertama.
Ø  كعقاص الغنم (sama seperti penyakit kambing). Uqash adalah penyakit yang menimpa haiwan ternakan di mana air keluar dari hidungnya dan mengakibatkan kematian mendadak. Abu Ubaid berkata, “dari sini diambil kata iq’ash, iaitu kematian”. Inbu Faris berkata, “Uqash adalah penyakit yang menimpa di bahagian dada seakan-akan mematahkan leher”. Dikatakan bahawa tanda kiamat ini telah nampak saat menyebar wabak ta’un anwas di masa pemerintahan umar, dan hal itu terjadi setelah pembebasan Baitul maqdis.
Ø  ثم استفاضة المال( kemudian harta melimpah). Tanda kiamat ini nampak pada masa pemerintahan Uthman bin Affan ketika terjadi pembebasan secara besar-besaran, dan fitnah yang disenyalir dimulai dengan terbunuhnya Uthman. Setelah itu bencana dan fitnah terjadi. Sedangkan tanda Kiamat keenam yang disebutkan pada hadith ini belum pernah berlaku.
Ø  هدنة(perdamaian). Maksudnya, mengikat perjanjian untuk tidak melakukan peperangan setelah terjadi gerakan peperangan. Adapun yang dimaksudkan dengan bani Ashfar adalah bangsa Romawi.
Ø  غاية (Ghaayah). Iaitu, panji. Panji dinamakan ghaayah (tujuan), kerana ia adalah sesuatu yang diikuti, jika berhenti maka pasukan pun akan berhenti.

 (BUKHARI. KITAB JIZYAH. BAB PENGKHIANATAN YANG HARUS DIWASPADAI. NO HADITH 2940)


( Ibnu Hajar al-Asqalani. 20009. Fathul Baari Penjelasan Kitab Sahih al-Bukhari. Penterjemah: Amiruddin. Cet. 3. Jil. 16. Hlm 870-875. )


PERANG SAUDARA DI ANTARA UMAT ISLAM

Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim:

وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، حَدَّثَنَا مَعْمَرٌ، عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ، قَالَ هَذَا مَا حَدَّثَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَذَكَرَ أَحَادِيثَ مِنْهَا وَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏
 "‏ لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَقْتَتِلَ فِئَتَانِ عَظِيمَتَانِ وَتَكُونُ بَيْنَهُمَا مَقْتَلَةٌ عَظِيمَةٌ وَدَعْوَاهُمَا وَاحِدَةٌ ‏"‏ ‏.‏
(كتاب الفتن وأشراط الساعة, باب إِذَا تَوَاجَهَ الْمُسْلِمَانِ بِسَيْفَيْهِمَا, ١٥٧,صحيح مسلم )

Maksud Hadith:
Kiamat tidak akan terjadi sampai dua kelompok besar saling berperang, padahal di hadapan mereka terbentang pertempuran yang sengit, dan dakwah mereka pun sama.”


KETERANGAN HADITH :
An-Nawawi menjelaskan hadis ini merupakan bukti kemukjizatan Rasulullah  saw dalam hadis yang disampaikan baginda kerana perkara tersebut benar-benar berlaku selepas kewafatan baginda.
Ibnu Hajar mengatakan yang dimaksudkan dua kelompok besar tersebut ialah kelompok Ali dan kelompok Muawiyah. Maksud dakwah menurut pendapat yang rajih  ialah islam (sama-sama Islam). Namun ada yang mengatakan mereka berpegang dengan pendapat mereka iaitu berkeyakinan bahawa kelompok mereka yang betul.
Dua kelompok yang dimaksudkan dalam hadith ialah kelompok Ali dan kelompok Aisyah yang didukung oleh Az-Zubair dn Talhah yang terlibat dalam konflik bersaudara dalam Perang Unta. Sedangkan pertempuran dasyat yang berlaku di hadapan mereka adalah Perang Siffin.

PENGAJARAN HADITH :
1. Umat Islam haruslah berpegang dengan ajaran al-Quran dan Al-Sunnah yang betul untuk mengelakkan berlakunya perpecahan sesama umat Islam.
2. Umat Islam haruslah bersatu  agar Islam bertambah kuat dan musuh islam berasa gerun untuk menentang kita.

RUJUKAN :
Imam al-Hafiz Abi Husain Muslim bin al-Hajjaj. Sahih Muslim. Baitul Afqar Dauliyyah: Riyadh. Kitab 52. Bab 4. No. Hadith 157. Halaman: 1157.
Yusof al-hajj Ahmad, ensiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam Al-Quran Dan Sunnah,2009, Al-Hidayah Publication ,Kuala Lumpur, hlmn 61.

0 comments:

Post a Comment

Back to Top