KEAJAIBAN TULANG SULBI (TULANG EKOR)
Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim:
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ
رَافِعٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، حَدَّثَنَا مَعْمَرٌ، عَنْ هَمَّامِ بْنِ
مُنَبِّهٍ، قَالَ هَذَا مَا حَدَّثَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى
الله عليه وسلم فَذَكَرَ أَحَادِيثَ مِنْهَا وَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه
وسلم
" إِنَّ فِي الإِنْسَانِ عَظْمًا لاَ تَأْكُلُهُ
الأَرْضُ أَبَدًا فِيهِ يُرَكَّبُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ " . قَالُوا أَىُّ
عَظْمٍ هُوَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ " عَجْبُ الذَّنَبِ " .
(كتاب الفتن وأشراط
الساعة, باب مَا بَيْنَ النَّفْخَتَيْنِ,٢٩٥٥, صحيح مسلم )
Maksud
Hadith :
“Sesungguhnya di dalam tubuh manusia
terdapat satu tulang yang tidak akan dimakan bumi untuk selama-lamanya dan
daripadanya manusia dicipta semula pada hari kiamat. Sahabat bertanya: “Tulang
apa itu wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab: Tulang ekor.”
Huraian
Hadith :
Dalam kajian
yang dibuat secara berulang-ulang (1931-1935), ilmuwan Jerman Hans Spemann dan
rakan-rakannya berjaya membuktikan bahawa benang dan simpulan pemula adalah
tulang ekor. Kedua-duanya bertanggungjawab menciptakan seluruh sistem janin,
sehingga keduanya mereka sebut sebagai ‘primary organizer’ (pengaturan
pertama). Mereka berani memastikan hal tersebut dengan memotong pengaturan
pertama (tulang ekor) ini daripada sejumlah haiwan melata, lalu memasukkannya
ke dalam embrio-embrio lain. Ternyata, tulang ekor ini tumbuh sebagai janin
kedua ke dalam janin yang asal.
Pasukan
ilmuan ini telah menumbuk tulang ekor dan menjerangnya pada kadar suhu panas
yang sangat tinggi dan dalam masa yang lama, kemudian memasukkan kedua tulang
ekor yang telah di tumbuk dan dijerang itu kedalam embrio-embrio yang lain.
Hasilnya, tulang ekor itu tetap dapat hidup dan membentuk paksi janin kedua.
Hal ini menegaskan kepada mereka bahawa sel-sel tulang ekor ini tidak akan
dapat dimusnahkan sama sekali. Penemuan ilmiah ini telah menyebabkan Spemann
memenangi hadiah Nobel tahun 1935, padahal dia tidak mengetahui sama sekali ada
hadith Nabi yang telah menyingkap mengenai apa yang ditemuinya sejak 14 abad
silam.
Pada bulan
Ramadhan 1424H, Dr. Utsman Jilan dan beberapa rakannya telah melakukan kajian
serupa di Yaman. Dalam kajian itu, mereka membakar lima tulang sulbi kambing
selama sepuluh minit dengan menggunakan senjata gas yang biasa digunakan untuk
berperang sehingga kelimanya menjadi arang dan memerah lantaran suhu yang
sangat panas. Setelah itu mereka mengkaji tulang sulbi tersebut di dalam
makmal. Hasilnya, sel-sel tulang tersebut tetap dapat bertahan hidup.
Hal ini
membuktikan kebenaran hadith Nabi yang menyatakan bahawa tulang ekor merupakan
asal inti penciptaan manusia yang kemudian menyusur seperti bentuk biji sawi ke
dalam pangkal tulang belakang manusia (pangkal tulang sulbi). Tulang ini tetap
akan wujud meskipun manusia mati dan jasadnya binasa. Sampai akhirnya, ia
menjadi benih untuk dibangkitkan semula di hari kiamat setelah diturunkan hujan
khusus yang membuatkannya tumbuh dan menjelma lagi menjadi manusia. Begitu pula
dengan semua makhluk hidup. Ia akan dibangkitkan dari tulang ekornya, sebab ia
bahagian lembut daripada setiap jasad makhluk hidup ini tetap bertahan hidup
dan tidak hancur binasa.
Pengajaran
Hadith :
Ø Tulang ekor ini merupakan bukti betapa
hebatnya kuasa ciptaan Allah SWT.
Ø Setiap manusia haruslah bersyukur dengan
segala nikmat yang Allah kurniakan, dan menggunakannya kearah yang bermanfaat.
Ø Setiap yang ada di langit mahupun di bumi
ini pasti ada hikmah di sebaliknya.
Rujukan :
Imam
al-Hafiz Abi Husain Muslim bin al-Hajjaj. Sahih Muslim. Baitul Afqar Dauliyyah:
Riyadh. Kitab 52. Bab 28. No. Hadith 2955. Halaman: 1186.
Yusof
al-hajj Ahmad, ensiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam Al-Quran Dan Sunnah,2009,
Al-Hidayah Publication ,Kuala Lumpur.
0 comments:
Post a Comment