0
BERBAKTI KEPADA KEDUA IBU BAPA

Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim:

حَدَّثَنَا شَيْبَانُ بْنُ فَرُّوخَ، حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ، عَنْ سُهَيْلٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ:
‏"‏ رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ ‏"‏ ‏.‏ قِيلَ مَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ ‏"‏ مَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا فَلَمْ يَدْخُلِ الْجَنَّةَ ‏"‏ ‏.
Maksudnya:
Baginda SAW bersabda: “Alangkah malangnya, Alangkah malangnya, Alangkah malangnya”. Lalu baginda ditanya: Siapakah mereka? Baginda menjawab: Orang yang sempat bersama salah seorang atau  kedua ibu bapanya di usia tua, tetapi tidak masuk ke syurga.

KANDUNGAN HADITH:
ü  Berbakti dan berbuat baik terhadap kedua IBU BAPA merupakan perkara yang WAJIB, baik ketika mereka masih muda ataupun sudah lanjut usia.
ü  Ibu bapa tatkala ketika usia mereka semakin meningkat (tua) sangat memerlukan sokongan dan layanan dari anak-anak mereka. Termasuklah menziarahi mereka.
ü  Derhaka kepada keduanya maka DIHARUSKAN bagi mereka Neraka dan terusir dari Rahmat Allah. Sedangkan berbakti kepada kedua Ibu Bapa menjadi jalan yang membawa ke SYURGA.


(Sahih Muslim, Kitab Berbuat baik. Hadith No: 2551)

(Salim ‘Ied al-Hilal. 2005. Syarah Riyadus Solihin. PT.Pustaka Imam Syafie.)  

CACIAN TEHADAP KEDUA IBU BAPA
Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim:
حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا اللَّيْثُ، عَنِ ابْنِ الْهَادِ، عَنْ سَعْدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ، عَنْ حُمَيْدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ
 ‏"‏ مِنَ الْكَبَائِرِ شَتْمُ الرَّجُلِ وَالِدَيْهِ ‏"‏ ‏.‏ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ هَلْ يَشْتِمُ الرَّجُلُ وَالِدَيْهِ قَالَ ‏"‏ نَعَمْ يَسُبُّ أَبَا الرَّجُلِ فَيَسُبُّ أَبَاهُ وَيَسُبُّ أُمَّهُ فَيَسُبُّ أُمَّهُ
Maksudnya:
Dari Abdullah bin Amr bin al-Ash, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Di antara dosa besar adalah makian seseorang kepada kedua ibu bapanya.” Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, adakah terdapat orang yang memaki kedua ibu bapanya?” Baginda menjawab: “Ada, iaitu dia yang memaki ayah orang lain sehingga orang itupun memaki ayahnya, dan dia memaki ibu orang lain sehingga orang itupun memaki ibunya.

KETERANGAN:
ü  Di HARAMKAN memaki/mencaci kedua Ibu Bapa dan hadith ini menjelaskan tentang besarnya hak orang tua dan larangan keatas perlaku.

ü  Mengambarkan bahawa sesiapa yang menyebabkan orang lain turut melakukan sesuatu perkara yang berpunca dari kita, maka balasan baginya sama seperti yang dilakukan oleh pelaku tersebut. Samada ianya perbuatan kebaikan atau keburukan.

Ini bukanlah perkara remeh yang boleh diambil ringan oleh umat Islam khususnya. Kerana perbuatan tersebut jika dilihat semula telah mula wujud seawal usia kanak-kanak. Hal ini tidak dapat dinafikan bahawa kanak-kanak tidak dipersalahkan dalam hal ini atas faktor kurangnya kefahaman dan kematangan mereka. Namun adalah menjadi tanggungjawab Ibu Bapa untuk sentiasa memantau dan mengajar anak-anak akan nilai murni sebagai seorang Muslim. Dan perkara ini sangat penting berdasarkan hadith tersebut, perbuatan memaki ni adalah termasuk didalam kategori DOSA BESAR.

(Shahih Muslim, Hadith No: 1715)
(Salim ‘Ied al-Hilal. 2005. Syarah Riyadus Solihin. PT.Pustaka Imam Syafie)


0 comments:

Post a Comment

Back to Top