0
KEAJAIBAN TULANG SULBI (TULANG EKOR)

Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، حَدَّثَنَا مَعْمَرٌ، عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ، قَالَ هَذَا مَا حَدَّثَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَذَكَرَ أَحَادِيثَ مِنْهَا وَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم
‏"‏ إِنَّ فِي الإِنْسَانِ عَظْمًا لاَ تَأْكُلُهُ الأَرْضُ أَبَدًا فِيهِ يُرَكَّبُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ‏"‏ ‏.‏ قَالُوا أَىُّ عَظْمٍ هُوَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ ‏"‏ عَجْبُ الذَّنَبِ ‏"‏ ‏.‏
(كتاب الفتن وأشراط الساعة, باب مَا بَيْنَ النَّفْخَتَيْنِ,٢٩٥٥, صحيح مسلم )

Maksud Hadith :

Sesungguhnya di dalam tubuh manusia terdapat satu tulang yang tidak akan dimakan bumi untuk selama-lamanya dan daripadanya manusia dicipta semula pada hari kiamat. Sahabat bertanya: “Tulang apa itu wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab: Tulang ekor.”

Huraian Hadith :

Dalam kajian yang dibuat secara berulang-ulang (1931-1935), ilmuwan Jerman Hans Spemann dan rakan-rakannya berjaya membuktikan bahawa benang dan simpulan pemula adalah tulang ekor. Kedua-duanya bertanggungjawab menciptakan seluruh sistem janin, sehingga keduanya mereka sebut sebagai ‘primary organizer’ (pengaturan pertama). Mereka berani memastikan hal tersebut dengan memotong pengaturan pertama (tulang ekor) ini daripada sejumlah haiwan melata, lalu memasukkannya ke dalam embrio-embrio lain. Ternyata, tulang ekor ini tumbuh sebagai janin kedua ke dalam janin yang asal.

Pasukan ilmuan ini telah menumbuk tulang ekor dan menjerangnya pada kadar suhu panas yang sangat tinggi dan dalam masa yang lama, kemudian memasukkan kedua tulang ekor yang telah di tumbuk dan dijerang itu kedalam embrio-embrio yang lain. Hasilnya, tulang ekor itu tetap dapat hidup dan membentuk paksi janin kedua. Hal ini menegaskan kepada mereka bahawa sel-sel tulang ekor ini tidak akan dapat dimusnahkan sama sekali. Penemuan ilmiah ini telah menyebabkan Spemann memenangi hadiah Nobel tahun 1935, padahal dia tidak mengetahui sama sekali ada hadith Nabi yang telah menyingkap mengenai apa yang ditemuinya sejak 14 abad silam.

Pada bulan Ramadhan 1424H, Dr. Utsman Jilan dan beberapa rakannya telah melakukan kajian serupa di Yaman. Dalam kajian itu, mereka membakar lima tulang sulbi kambing selama sepuluh minit dengan menggunakan senjata gas yang biasa digunakan untuk berperang sehingga kelimanya menjadi arang dan memerah lantaran suhu yang sangat panas. Setelah itu mereka mengkaji tulang sulbi tersebut di dalam makmal. Hasilnya, sel-sel tulang tersebut tetap dapat bertahan hidup.

Hal ini membuktikan kebenaran hadith Nabi yang menyatakan bahawa tulang ekor merupakan asal inti penciptaan manusia yang kemudian menyusur seperti bentuk biji sawi ke dalam pangkal tulang belakang manusia (pangkal tulang sulbi). Tulang ini tetap akan wujud meskipun manusia mati dan jasadnya binasa. Sampai akhirnya, ia menjadi benih untuk dibangkitkan semula di hari kiamat setelah diturunkan hujan khusus yang membuatkannya tumbuh dan menjelma lagi menjadi manusia. Begitu pula dengan semua makhluk hidup. Ia akan dibangkitkan dari tulang ekornya, sebab ia bahagian lembut daripada setiap jasad makhluk hidup ini tetap bertahan hidup dan tidak hancur binasa.

Pengajaran Hadith :
Ø  Tulang ekor ini merupakan bukti betapa hebatnya kuasa ciptaan Allah SWT.
Ø  Setiap manusia haruslah bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan, dan menggunakannya kearah yang bermanfaat.
Ø  Setiap yang ada di langit mahupun di bumi ini pasti ada hikmah di sebaliknya.

Rujukan :

Imam al-Hafiz Abi Husain Muslim bin al-Hajjaj. Sahih Muslim. Baitul Afqar Dauliyyah: Riyadh. Kitab 52. Bab 28. No. Hadith 2955. Halaman: 1186.

Yusof al-hajj Ahmad, ensiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam Al-Quran Dan Sunnah,2009, Al-Hidayah Publication ,Kuala Lumpur.

0
AKHIR ZAMAN

Hadith diriwayatkan oleh Imam Bukhari:

حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ، أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، قَالَ أَخْبَرَنِي حُمَيْدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم
‏"‏ يَتَقَارَبُ الزَّمَانُ وَيَنْقُصُ الْعَمَلُ، وَيُلْقَى الشُّحُّ وَيَكْثُرُ الْهَرْجُ ‏"‏‏.‏ قَالُوا وَمَا الْهَرْجُ قَالَ ‏"‏ الْقَتْلُ، الْقَتْلُ

Maksudnya:

Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Zaman akan semakin dekat, dicabutnya ilmu, akan timbul fitnah-fitnah, dimasukkan (ke dalam hati) sifat kikir dan akan banyak Al-Harj”, mereka (para sahabat) bertanya: “Apakah Al-Harj wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Pembunuhan”Pembunuhan."

KETERANGAN:

ü  Sebagaimana yang berlaku pada zaman kita ini menggambarkan kebenaran hadith Nabi SAW
ü  Perlu berpegang teguh dengan Al-Quran dan Al-Sunnah agar terselamat dari fitnah akhir zaman.
ü  Buat persiapan yang secukupnya dengan mendalami ilmu agama dan mendidik dan mentarbiah sekurang-kurangnya ahli keluarga kita



(Sahih Bukhari. Kitab Adab, Hadith No:6037)


FITNAH YANG MENGENAI SEMUA RUMAH

Hadith diriwayatkan oleh Imam Bukhari:

حدثنا الحميدي حدثنا الوليد بن مسلم حدثنا عبد الله بن العلاء بن زبر قال: سمعت بسر بن عبيد الله أنه سمع أبا إدريس قال: سمعت عوف بن مالك قال: أتيت النبي صلى الله عليه وسلم في غزوة تبوك- وهو في قبة من أدم- فقال: اعدد ستا يدي الساعة: موتي ، ثم فتح بيت المقدس، ثم موتان بأخذ فيكم كقعاص الغنم، ثم استفاضة المال حتى يعطى الرجل مائة دينار فيظل ساخطا، ثم فتنة لا يبقى بيت من العرب إلا دخلته، ثم هدنة تكون بينكم وبين بني الأصفر فيغدرون، فيأتونكم تحت ثمانين غاية تحت كل غاية اثنا عشر ألفا

Maksudnya:

Daripada Bukhari dengan sanad daripada Auf bin Malik berkata: Aku berjumpa Nabi s.a.w dalam perang Tabuk dan Rasul s.a.w berada di dalam khemah daripada kulit binatang. Nabi s.a.w bersabda: kiralah enam perkara sebelum kiamat. 1. Kematianku 2. Pembukaan Bait al-Maqdis 3. Kematian yang besar yang akan mengambil kamu sama seperti penyakit ulat pada kambing ( iaitu taun yang berlaku kepada penduduk Syam) 4. Harta melimpah sehingga lelaki diberi seratus dinar namun dia tetap marah 5. Fitnah yang akan kena semua rumah orang Arab 6. Perdamaian antara kamu dengan orang-orang Rom lalu mereka akan memungkiri janji dan mereka akan datang dengan 80 bendera dan setiap satu bendera ada 12 ribu bala tentera.

KETERANGAN:

Ø  ستا (Enam). Maksudnya, enam tanda-tanda akan terjadinya Kiamat, atau tampak tanda-tanda yang mendekati terjadinya Kiamat.
Ø  ثم موتان (Kemudian kematian).
Ø  Al-Qazzaz berkata, “ Kata ‘mutaan’ bermakna kematian”. Sementara ulama lain selain daripadanya berkata, “Maknanya adalah kematian yang sangat banyak”.
Ø  Dalam riwayat Ibnu as-Sakan disebutkan “mautataan” (dua kematian), iaitu dalam bentuk tatsniyah (ganda). Dengan demikian, harus dibaca fathah pada huruf pertama.
Ø  كعقاص الغنم (sama seperti penyakit kambing). Uqash adalah penyakit yang menimpa haiwan ternakan di mana air keluar dari hidungnya dan mengakibatkan kematian mendadak. Abu Ubaid berkata, “dari sini diambil kata iq’ash, iaitu kematian”. Inbu Faris berkata, “Uqash adalah penyakit yang menimpa di bahagian dada seakan-akan mematahkan leher”. Dikatakan bahawa tanda kiamat ini telah nampak saat menyebar wabak ta’un anwas di masa pemerintahan umar, dan hal itu terjadi setelah pembebasan Baitul maqdis.
Ø  ثم استفاضة المال( kemudian harta melimpah). Tanda kiamat ini nampak pada masa pemerintahan Uthman bin Affan ketika terjadi pembebasan secara besar-besaran, dan fitnah yang disenyalir dimulai dengan terbunuhnya Uthman. Setelah itu bencana dan fitnah terjadi. Sedangkan tanda Kiamat keenam yang disebutkan pada hadith ini belum pernah berlaku.
Ø  هدنة(perdamaian). Maksudnya, mengikat perjanjian untuk tidak melakukan peperangan setelah terjadi gerakan peperangan. Adapun yang dimaksudkan dengan bani Ashfar adalah bangsa Romawi.
Ø  غاية (Ghaayah). Iaitu, panji. Panji dinamakan ghaayah (tujuan), kerana ia adalah sesuatu yang diikuti, jika berhenti maka pasukan pun akan berhenti.

 (BUKHARI. KITAB JIZYAH. BAB PENGKHIANATAN YANG HARUS DIWASPADAI. NO HADITH 2940)


( Ibnu Hajar al-Asqalani. 20009. Fathul Baari Penjelasan Kitab Sahih al-Bukhari. Penterjemah: Amiruddin. Cet. 3. Jil. 16. Hlm 870-875. )


PERANG SAUDARA DI ANTARA UMAT ISLAM

Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim:

وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، حَدَّثَنَا مَعْمَرٌ، عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ، قَالَ هَذَا مَا حَدَّثَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَذَكَرَ أَحَادِيثَ مِنْهَا وَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏
 "‏ لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَقْتَتِلَ فِئَتَانِ عَظِيمَتَانِ وَتَكُونُ بَيْنَهُمَا مَقْتَلَةٌ عَظِيمَةٌ وَدَعْوَاهُمَا وَاحِدَةٌ ‏"‏ ‏.‏
(كتاب الفتن وأشراط الساعة, باب إِذَا تَوَاجَهَ الْمُسْلِمَانِ بِسَيْفَيْهِمَا, ١٥٧,صحيح مسلم )

Maksud Hadith:
Kiamat tidak akan terjadi sampai dua kelompok besar saling berperang, padahal di hadapan mereka terbentang pertempuran yang sengit, dan dakwah mereka pun sama.”


KETERANGAN HADITH :
An-Nawawi menjelaskan hadis ini merupakan bukti kemukjizatan Rasulullah  saw dalam hadis yang disampaikan baginda kerana perkara tersebut benar-benar berlaku selepas kewafatan baginda.
Ibnu Hajar mengatakan yang dimaksudkan dua kelompok besar tersebut ialah kelompok Ali dan kelompok Muawiyah. Maksud dakwah menurut pendapat yang rajih  ialah islam (sama-sama Islam). Namun ada yang mengatakan mereka berpegang dengan pendapat mereka iaitu berkeyakinan bahawa kelompok mereka yang betul.
Dua kelompok yang dimaksudkan dalam hadith ialah kelompok Ali dan kelompok Aisyah yang didukung oleh Az-Zubair dn Talhah yang terlibat dalam konflik bersaudara dalam Perang Unta. Sedangkan pertempuran dasyat yang berlaku di hadapan mereka adalah Perang Siffin.

PENGAJARAN HADITH :
1. Umat Islam haruslah berpegang dengan ajaran al-Quran dan Al-Sunnah yang betul untuk mengelakkan berlakunya perpecahan sesama umat Islam.
2. Umat Islam haruslah bersatu  agar Islam bertambah kuat dan musuh islam berasa gerun untuk menentang kita.

RUJUKAN :
Imam al-Hafiz Abi Husain Muslim bin al-Hajjaj. Sahih Muslim. Baitul Afqar Dauliyyah: Riyadh. Kitab 52. Bab 4. No. Hadith 157. Halaman: 1157.
Yusof al-hajj Ahmad, ensiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam Al-Quran Dan Sunnah,2009, Al-Hidayah Publication ,Kuala Lumpur, hlmn 61.
0
MEMAKAI PAKAIAN BERGAMBAR SEMASA MENDIRIKAN SOLAT

Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim:

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ ، قَالَ : حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ ، قَالَ : حَدَّثَنَا ابْنُ شِهَابٍ ، عَنْ عُرْوَةَ ، عَنْ عَائِشَةَ ، أَنّ النَّبِيَّ ص صَلَّى فِي خَمِيصَةٍ لَهَا أَعْلَامٌ، فَنَظَرَ إِلَى أَعْلَامِهَا نَظْرَةً، فَلَمَّا انْصَرَفَ، قَالَ : " اذْهَبُوا بِخَمِيصَتِي هَذِهِ إِلَى أَبِي جَهْمٍ وَائْتُونِي بِأَنْبِجَانِيَّةِ أَبِي جَهْمٍ فَإِنَّهَا أَلْهَتْنِي آنِفًا عَنْ صَلَاتِي " ، وَقَالَ هِشَامُ بْنُ عُرْوَةَ : عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ عَائِشَةَ ، قَالَ النَّبِيُّ ص: كُنْتُ أَنْظُرُ إِلَى عَلَمِهَا وَأَنَا فِي الصَّلَاةِ فَأَخَافُ أَنْ تَفْتِنَنِي

Maksudnya : Telah diriwayatkan dari Urwah dari Aisyah, bahawasanya Nabi SAW solat memakai baju (gamis) yang ada gambarnya, lalu beliau memandang gambarnya dengan sekali pandangan. Ketika selesai solat beliau bersabda, “Bawalah khamisah ini kepada Abu Jahm dan bawakanlah untukku anbijaniyah milik Abu Jahm, kerana sesungguhnya ia telah menggangguku dalam solat.”
Hisyam bin Urwah berkata dari bapanya, dari Aisyah, “Nabi SAW bersabda, ‘Aku melihat gambar itu padahal aku sedang melakukan solat, maka aku khuatir dapat menggangguku’.

KETERANGAN:

ü  Khamisah : Suatu kain berukuran segi empat dan memiliki dua gambar.
ü  Anbijaniyah : Kain yang kasar dan tidak bergambar.
ü  Ibnu Daqiq Al-Id berkata : “Riwayat ini menjelaskan sikap Nabi SAW yang segera melakukan sesuatu untuk kemaslahatan solat dan menghilangkan semua yang merosakkannya.”
Kesimpulannya, bahawa semua yang dapat mengganggu solat berbentuk lukisan dan selainnya adalah makruh hukumnya. Ath-Thaibi berkata : “Di sini terdapat keterangan bahawa gambar serta hal-hal konkrit lainnya memiliki pengaruh terhadap hati yang suci dan jiwa yang bersih, terlebih lagi jiwa yang rendah darinya.”

-WALLAHUA’LAM-


Ibnu Hajar Al Asqalani. 2009. Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al Bukhari. Penterjemah : Gazirah Abdi Ummah. Cetakan 6. Jilid 3. Jakarta : Pustaka Azzam. Kitab Shalat. Bab 14. Halaman 60-63.
0
MAHA PENGASIH ALLAH SWT KEPADA HAMBANYA

Hadith diriwayatkan oleh Imam Bukhari:

حَدَّثَنَا أَبُو مَعْمَرٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ، حَدَّثَنَا جَعْدٌ أَبُو عُثْمَانَ، حَدَّثَنَا أَبُو رَجَاءٍ الْعُطَارِدِيُّ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ـ رضى الله عنهما ـ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فِيمَا يَرْوِي عَنْ رَبِّهِ عَزَّ وَجَلَّ قَالَ قَالَ
 ‏ "‏ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ، ثُمَّ بَيَّنَ ذَلِكَ فَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً، فَإِنْ هُوَ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ إِلَى أَضْعَافٍ كَثِيرَةٍ، وَمَنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً، فَإِنْ هُوَ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ سَيِّئَةً وَاحِدَةً ‏"‏‏.
Maksudnya:

Dari Ibnu Abbas RA, dari Nabi SAW yang beliau riwayatkan dari tuhannya (hadis qudsi) Azza wa jalla berfirman, dan beliau sabdakan; "Allah menulis kebaikan dan kejahatan, " kemudian  beliau jelaskan perkara itu; "Siapa yang berniat kebaikan lantas tidak jadi ia amalkan, Allah mencatat satu kebaikan disisinya secara sempurna, dan jika ia berniat lantas ia amalkan, Allah mencatatnya sepuluh kebaikan, bahkan hingga dilipat gandakan tujuh ratus kali, bahkan lipat ganda yang tidak terbatas, sebaliknya barangsiapa yang berniat melakukan kejahatan kemudian tidak jadi ia amalkan, Allah menulis satu kebaikan disisi-Nya secara sempurna, dan jika ia berniat kejahatan dan jadi ia lakukan, Allah menulisnya sebagai satu kejahatan saja."

KETERANGAN:

Ø Daripada hadith tersebut dapat digambarkan keluasan rahmat dan kasih sayang Allah SWT kepada hambanya. Setiap perbuatan yang baik akan dicatit dan digandakan mengikut kadar mutu keikhlasan amalan seseorang. Bahkan dengan hanya berniat sahaja Allah SWT menyurut para malaikatnya menulis dalam catitan sebagai 1 kebaikan.
Ø At Tabari menyatakan daripada hadith ini juga menunjukkan kebenaran berkenaan para malaikat akan menulis setiap perbuatan seseorang walaupun dengan hanya berniat.
Ø Dalil quran dalam Surah al-An’am:160

`tB uä!%y` ÏpuZ|¡ptø:$$Î/ ¼ã&s#sù çŽô³tã $ygÏ9$sWøBr& (
“Siapa yang membawa amalan kebaikan, maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalnya.”
Alangkah ruginya bagi kita untuk tidak mengambil peluang dalam mengejar ganjaran dan rahmat Allah SWT untuk menambahkan catitan amal kebajikan kita, walaupun dengan hanya terdetik niat di hati.Dan juga, janganlah kita mengambil kesempatan diatas rahmat Allah SWT dalam melakukan maksiat.



(Sahih Bukhari. Kitab Riqaq. Hadith No:6491)

(Muis & Suhadi, 2012. Syarah Hadith 40 Imam Nawawi.Kemilau Publika Sdn Bhd)
0
ETIKA BERNIAGA & PERSAUDARAAN

Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim:

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ بْنِ قَعْنَبٍ، حَدَّثَنَا دَاوُدُ، - يَعْنِي ابْنَ قَيْسٍ - عَنْ أَبِي، سَعِيدٍ مَوْلَى عَامِرِ بْنِ كُرَيْزٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏
"‏ لاَ تَحَاسَدُوا وَلاَ تَنَاجَشُوا وَلاَ تَبَاغَضُوا وَلاَ تَدَابَرُوا وَلاَ يَبِعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا ‏.‏ الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لاَ يَظْلِمُهُ وَلاَ يَخْذُلُهُ وَلاَ يَحْقِرُهُ ‏.‏ التَّقْوَى هَا هُنَا ‏"‏ ‏.‏ وَيُشِيرُ إِلَى صَدْرِهِ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ ‏"‏ بِحَسْبِ امْرِئٍ مِنَ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ دَمُهُ وَمَالُهُ وَعِرْضُهُ
Maksudnya:

Dari Abu Hurairah RA, bahawa Rasululah SAW bersabda: “Janganlah kalian saling dengki mendengki, saling berniaga dengan cara Najasyi, saling benci membenci dan saling membelakangi. Dan janganlah kalian menjual barang di atas jualan sebahagian yang lainnya. Jadilah kalian hamba-hamba Allah SWT yang bersaudara. Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lainnya. Dia tidak menzaliminya dan mengabaikannya, tidak mendustakannya dan tidak menghinanya. Taqwa itu disini (Dengan mengisyaratkan dadanya 3x). Cukuplah seorang Muslim dikatakan buruk jika dia menghina saudaranya yang Muslim. Setiap Muslim atas Muslim yang lain (iaitu) haram darahnya, hartanya dan kehormatannya.”

KETERANGAN:

Ø  Hadith ini menjelaskan betapa tingginya kedudukan persaudaraan dalam Islam.
Ø  Setiap orang Islam ahli perniagaan harus berusaha terutama membuang sifat-sifat mazmumah sebagaimana disebut dalam hadith iaitu sifat dengki, tidak jujur, saling membenci, saling membelakangi dan menjual atas jualan orang lain.
Ø  Di Haramkan untuk memutuskan hubungan sesama Muslim. Sebaliknya hendaklah menjaga persaudaraan dan hak-haknya kerana Allah SWT.

Fenomena pada hari ini jika dilihat di Malaysia khususnya, banyak terjadi kes-kes penipuan, tikam belakang, rasuah, dan sihir menyihir dalam industri perniagaan. Tidak kira dari sekecil-kecil industri hingga ke peringkat antarabangsa. Malah majoriti yang melakukan pengkhianatan tersebut di Malaysia adalah mereka yang beragama Islam. Seharusnya kita adalah umat Islam menjadi contoh penganut agama lain, bukan kita mengikut jejak langkah mereka. Ingatlah hidup didunia ini sementara, segala perbuatan kita yang buruk ataupun kebaikan akan dibalas oleh Allah SWT di akhirat nanti.

(Sahih Muslim, Kitab Pengharaman Menzalimi Muslim, Hadith No:2564)

(Muis & Suhadi, 2012. Syarah Hadith 40 Imam Nawawi.Kemilau Publika Sdn Bhd)

Back to Top