0
ETIKA BERNIAGA & PERSAUDARAAN

Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim:

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ بْنِ قَعْنَبٍ، حَدَّثَنَا دَاوُدُ، - يَعْنِي ابْنَ قَيْسٍ - عَنْ أَبِي، سَعِيدٍ مَوْلَى عَامِرِ بْنِ كُرَيْزٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏
"‏ لاَ تَحَاسَدُوا وَلاَ تَنَاجَشُوا وَلاَ تَبَاغَضُوا وَلاَ تَدَابَرُوا وَلاَ يَبِعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا ‏.‏ الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لاَ يَظْلِمُهُ وَلاَ يَخْذُلُهُ وَلاَ يَحْقِرُهُ ‏.‏ التَّقْوَى هَا هُنَا ‏"‏ ‏.‏ وَيُشِيرُ إِلَى صَدْرِهِ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ ‏"‏ بِحَسْبِ امْرِئٍ مِنَ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ دَمُهُ وَمَالُهُ وَعِرْضُهُ
Maksudnya:

Dari Abu Hurairah RA, bahawa Rasululah SAW bersabda: “Janganlah kalian saling dengki mendengki, saling berniaga dengan cara Najasyi, saling benci membenci dan saling membelakangi. Dan janganlah kalian menjual barang di atas jualan sebahagian yang lainnya. Jadilah kalian hamba-hamba Allah SWT yang bersaudara. Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lainnya. Dia tidak menzaliminya dan mengabaikannya, tidak mendustakannya dan tidak menghinanya. Taqwa itu disini (Dengan mengisyaratkan dadanya 3x). Cukuplah seorang Muslim dikatakan buruk jika dia menghina saudaranya yang Muslim. Setiap Muslim atas Muslim yang lain (iaitu) haram darahnya, hartanya dan kehormatannya.”

KETERANGAN:

Ø  Hadith ini menjelaskan betapa tingginya kedudukan persaudaraan dalam Islam.
Ø  Setiap orang Islam ahli perniagaan harus berusaha terutama membuang sifat-sifat mazmumah sebagaimana disebut dalam hadith iaitu sifat dengki, tidak jujur, saling membenci, saling membelakangi dan menjual atas jualan orang lain.
Ø  Di Haramkan untuk memutuskan hubungan sesama Muslim. Sebaliknya hendaklah menjaga persaudaraan dan hak-haknya kerana Allah SWT.

Fenomena pada hari ini jika dilihat di Malaysia khususnya, banyak terjadi kes-kes penipuan, tikam belakang, rasuah, dan sihir menyihir dalam industri perniagaan. Tidak kira dari sekecil-kecil industri hingga ke peringkat antarabangsa. Malah majoriti yang melakukan pengkhianatan tersebut di Malaysia adalah mereka yang beragama Islam. Seharusnya kita adalah umat Islam menjadi contoh penganut agama lain, bukan kita mengikut jejak langkah mereka. Ingatlah hidup didunia ini sementara, segala perbuatan kita yang buruk ataupun kebaikan akan dibalas oleh Allah SWT di akhirat nanti.

(Sahih Muslim, Kitab Pengharaman Menzalimi Muslim, Hadith No:2564)

(Muis & Suhadi, 2012. Syarah Hadith 40 Imam Nawawi.Kemilau Publika Sdn Bhd)

0 comments:

Post a Comment

Back to Top