Selamat Pagi Cikgu!



Assalamualaikum..

Aku mulakan coretan ini dengan pengalaman yang ku kira sangat berharga dalam hidupku...aku mulakan dengan memperkenalkan jawatan yang ku sandang selepas aku memperolehi segulung ijazah dari uniSZA (Universiti Sultan Zainal Abidin).. walaupun jawatan ini bukanlah atas kelayakan ku sebagai lepasan digree.. aku rasa ianya 1pekerjaan yang mencabar emosi dan kemampuanku..seorang pendidik yang mendidik kanak-kanak berumur linkungan 5 dan 6 tahun merupakan pekerjaan pertama yang ku galas dalam hidupku..





Gelaran "GURU TADIKA" adalah 1 gelaran yang zahirnya nampak mudah tetapi hakikatnya hanya Allah saja yang tahu betapa tercabarnya emosiku untuk menjalankan amanah ini dengan penuh rasa tanggungjawab. Di awal aku bekerja, terasa diri ini sangat kekok untuk mengajar, maklumlah aku mmg tiada langsung pengalaman mengajar sblm ni..mungkin sudah tertulis rezeki ku disini...aku cuba yang terbaik, aku menimba ilmu perguruan hanya melalui pemerhatian ku terhadap rakan-rakan setugas ku yang lain, ALHAMDULILLAH..setelah 1bulan bekerja aku dapat membiasakan diriku masuk ke alam perguruan dan secara tidak langsung membawa emosi ku ke alam kanak-kanak. kini, keseronokan dan kenikmatan mengajar sudah mengalir dalam diriku...Thanks Allah!


Melihat keletah anak-anak muridku, teringat aku pada zaman kanak-kanak ku...aku mula mengenal solat ketika aku belajar di tadika. Begitula juga di tempat kerja ku sekarang..mengajar solat adalah salah 1 tugasku yang harus aku laksanakan untuk menjadikan mereka muslim yang terbaik...Menjadi Muslim Terbaik menawarkan segala aspek yang diperlukan oleh individu bagi merealisasikan status Muslim Terbaik. Ia bermula dengan iman yang dikecapi seterusnya diikuti dengan penterjemahan diri selaku Muslim dalam tutur bicara, tingkah laku, pergaulan tindakan dan agenda kehidupan. Walau siapa pun kita dan di mana kita berada, kita berpeluang menjadi Bintang Muslim terbaik. Mulakanlah ia sekarang bagi kehidupan yang lebih gemilang di dunia dan akhirat..kanak-kanak ini umpama kain putih dan akulah yang harus mencorakkannya,adakah aku mampu mencorakkan mereka menjadi muslim yang terbaik?Ya Allah..permudahkanlah segala urusanku!



Hari ini, aku dapat rasai ruh islamiyyah sudah mula mewarnai kehidupan anak-anak muridku dengan melihat mereka menunaikan solat melalui praktikal yang ku lakukan kepada mereka. ALHAMDULILLAH, betapa gembiranya hati ini apabila melihat perkembangan yang positif dari mereka. Tidak dapat ku bayangnya betapa berkesan nya tarbiyyah Islam yang dilakukan di tadika ini. Inilah saat yang paling berharga bagi seorang pendidik apabila melihat anak muridnya dapat ikut dengan baik apa yang telah di ajarkan. Aku kini sedar betapa besarnya pengorbanan guruku terhadap diriku..Terima Kasih cikgu! semoga jasa kalian dirahmati Allah..Kini, profession guru sudah mula berputik dalam hatiku!

wassalam..
salam ukhuwah,

1 comments:

ChocoMate said...

selamat pagi cikgu!..hohoh..=O

Post a Comment

Back to Top