0
BERSEDEKAH BAGI ORANG YANG TIADA HARTA

Hadith diriwayatkan oleh Imam Bukhari:

حَدَّثَنِي إِسْحَاقُ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ، عَنْ هَمَّامٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ كُلُّ سُلاَمَى مِنَ النَّاسِ عَلَيْهِ صَدَقَةٌ كُلَّ يَوْمٍ تَطْلُعُ فِيهِ الشَّمْسُ، يَعْدِلُ بَيْنَ الاِثْنَيْنِ صَدَقَةٌ، وَيُعِينُ الرَّجُلَ عَلَى دَابَّتِهِ، فَيَحْمِلُ عَلَيْهَا، أَوْ يَرْفَعُ عَلَيْهَا مَتَاعَهُ صَدَقَةٌ، وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ، وَكُلُّ خَطْوَةٍ يَخْطُوهَا إِلَى الصَّلاَةِ صَدَقَةٌ، وَيُمِيطُ الأَذَى عَنِ الطَّرِيقِ صَدَقَةٌ ‏"‏‏.‏
Maksudnya:

Dari Abu Hurairah RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Setiap anggota tubuh manusia wajib atasnya sedekah dan setiap hari apabila terbitnya matahari seseorang yang mendamaikan antara dua orang yang bertikai adalah sedekah dan menolong seseorang untuk menaiki haiwan tunggangannya lalu mengangkat barang-barangnya ke atas haiwan tungganganya adalah sedekah dan ucapan yang baik adalah sedekah dan setiap langkah ketika berjalan menuju ke masjid untuk bersolat adalah sedekah dan menyingkirkan gangguan di atas jalan adalah sedekah

KETERANGAN:

ü  Sedekah tidak semestinya dengan harta semata-mata, Hal ini disebabkan oleh terdapat segelintir para sahabat Nabi SAW yang tidak mempunyai harta untuk bersedekah. Dengan yang demikian Nabi menyarankan para sahabatnya memperbanyakkan amalan-amalan baik yang pahalanya seumpama orang yang bersedekah
ü  Menggambarkan indahnya Islam itu, walaupun terdapat golongan yang tidak mempunyai harta untuk bersedekah. Akan tetapi terdapat jalan alternatif yang lain yang seumpama pahala bersedekah. Orang miskin juga mampu untuk mengecapi pahala seumpama orang kaya.
ü  Maka rugilah bagi mereka yang mana hanya menyalahkan takdir semata-mata dan berangan untuk melakukan amalan kebaikan dikala senang.

(Sahih Bukhari, Kitab Jihad, Hadith No:2989)

(Muis & Suhadi, 2012. Syarah Hadith 40 Imam Nawawi.Kemilau Publika Sdn Bhd)
0
BEBAN KESUSAHAN MENGIKUT KEMAMPUAN

Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim:

حَدَّثَنِي حَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَى التُّجِيبِيُّ، أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ، أَخْبَرَنِي يُونُسُ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، أَخْبَرَنِي أَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، وَسَعِيدُ بْنُ الْمُسَيَّبِ، قَالاَ كَانَ أَبُو هُرَيْرَةَ يُحَدِّثُ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ ‏
 "‏ مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوهُ وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَافْعَلُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ فَإِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ كَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَاخْتِلاَفُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ ‏"
Maksudnya:

Dari Abu Hurairah menceritakan, sesungguhnya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “ Apa yang aku larang maka hendaklah kalian menghindarinya dan apa yang aku perintahkan maka hendaklah kalian laksanakan semampu kalian. Sesungguhnya kehancuran orang sebelum kalian adalah kerana banyaknya pertanyaan mereka (yang tidak berguna) dan penentangan mereka terhadap nabi-nabi mereka.”

KETERANGAN:

Ø  Imam Nawawi: maksud dari kata-kata” Apa yang aku larang maka hendaklah kalian menghindarinya” adalah segalah larangan syariat secara keseluruhan. Namun larangan tersebut terbahagi kepada dua: larangan HARAM dan larangan MAKRUH.
Ø  Hadith ini juga merupakan anjuran terhadap rukhsah (keringanan) yang diberikan oleh Allah SWT dalam beribadah mengikut kadar kemampuan.
Ø  Banyaknya tanya itu boleh membawa kepada kehancuran sebagaimana yang berlaku dikalangan Bani Israel. Untuk mengetahui bagaimana kemusnahan kaum Bani Isrel akibat dari pertanyaan maka boleh dirujuk dari kitab-kitab sejarah para Nabi.

Sesungguhnya konsep untuk bertanya itu terdapat saranan dalam Surah al-Anbiya’:7, firman Allah SWT:

(#þqè=t«ó¡sù Ÿ@÷dr& ̍ò2Ïe%!$# bÎ) óOçFZä. Ÿw šcqßJn=÷ès? ÇÐÈ

“Maka bertanyalah kamu kepada ahlu zikr (orang yang berilmu) jika kamu tidak mengetahui.
Allah SWT yang mencipta manusia tidak pernah memerintahkan sesuatu yang diluar dari kesanggupan dan kemampuan. Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah: 286:

Ÿw ß#Ïk=s3ムª!$# $²¡øÿtR žwÎ) $ygyèóãr 4

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”



Sahih Muslim. Kitab Fadhail. Hadith No: 1337)

(Muis & Suhadi, 2012. Syarah Hadith 40 Imam Nawawi.Kemilau Publika Sdn Bhd)
0
AMALAN YANG PALING DISUKAI ALLAH

Hadith diriwayatkan oleh Imam Bukhari:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، حَدَّثَنَا يَحْيَى، عَنْ هِشَامٍ، قَالَ أَخْبَرَنِي أَبِي، عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم دَخَلَ عَلَيْهَا وَعِنْدَهَا امْرَأَةٌ قَالَ ‏"‏ مَنْ هَذِهِ ‏"‏‏.‏ قَالَتْ فُلاَنَةُ‏.‏ تَذْكُرُ مِنْ صَلاَتِهَا‏.‏ قَالَ ‏"‏ مَهْ، عَلَيْكُمْ بِمَا تُطِيقُونَ، فَوَاللَّهِ لاَ يَمَلُّ اللَّهُ حَتَّى تَمَلُّوا ‏"‏‏.‏ وَكَانَ أَحَبَّ الدِّينِ إِلَيْهِ مَا دَامَ عَلَيْهِ صَاحِبُهُ‏.‏

Maksudnya:

Dari Aisyah RA bahwa Nabi SAW datang kepadanya dan bersamanya ada seorang wanita lain, lalu Nabi SAW bertanya: "siapa ini?" Aisyah menjawab: "si fulanah", Lalu diceritakan tentang shalatnya. Maka Nabi SAW bersabda: "Tinggalkanlah apa yang tidak kalian sanggupi, demi Allah, Allah tidak akan bosan hingga kalian sendiri yang menjadi bosan, dan agama yang paling dicintai-Nya adalah apa yang senantiasa dikerjakan secara berterusan dan teratur.”

                                                     KETERANGAN:

ü  Sebahagian Ulama’ berpendapat hadith tersebut bermaksud melarang Aishah RA dari melakukan amalan sedemikian. Hal ini kerana Nabi SAW mengetahui kemampuan ummatnya yang mana tidak semua mampu beribadah seumpama Baginda SAW.
ü  Kemampuan manusia ini terbatas, maka Allah SWT yang menciptakan manusia ini maha mengetahui kemampuan ciptaannya. Oleh itu Nabi SAW diperintahkan untuk berpesan pada manusia buatlah amalan sekadar mengikut kemampuan namun yang paling baik adalah berterusan walaupun pada kadar yang sedikit.

Maka daripada dalil tersebut dapat dikaitkan dengan sifat berlebih-lebihan dalam perkara yang tidak kita berkemampuan untuk melaksanakannya. Sesungguhnya perkara yang sedikit tapi berterusan itu lebih dipandang tinggi oleh Allah SWT daripada amalan yang luar biasa namun hanya sekejap sahaja diamalkan.


(Sahih Bukhari. Kitab Iman. Hadith No:43)

(Ibnu Hajar al-Asqalani, 2009, Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al-Bukhari. Jakarta : Pustaka Azzam)
0
AGAMA ITU MUDAH

Hadith diriwayatkan oleh Imam Bukhari:

حَدَّثَنَا عَبْدُ السَّلاَمِ بْنُ مُطَهَّرٍ، قَالَ حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ عَلِيٍّ، عَنْ مَعْنِ بْنِ مُحَمَّدٍ الْغِفَارِيِّ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيِّ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ
‏ "‏ إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ، وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلاَّ غَلَبَهُ، فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا، وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَىْءٍ مِنَ الدُّلْجَةِ ‏"‏‏

Maksudnya:

Dari Abu Hurairah RA bahwa Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya agama itu mudah, dan tidaklah seseorang menyusahkan dirinya dalam agama melainkan tidak dapat melaksanakannya dengan sempurna (semakin berat dan sulit). Maka kerjakanlah sebagaimana yang semestinya,dan bergembiralah (kerana memperoleh pahala) serta beribadatlah (memohon pertolongan Allah SWT) pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam."

KETERANGAN:

Ø  Islam adalah agama yang mudah, dimana Allah SWT telah menghilangkan kesulitan-kesulitan seperti yang dibebankan oleh umat-umat terdahulu. Contoh cara taubat umat terdahulu adalah dengan jalan bunuh diri, sedangkan taubat umat ini adalah hanya dengan meninggalkan perbuatan tersebut serta menyesali.
Ø  Hadith ini juga merupakan anjuran terhadap rukhsah (keringanan) yang diberikan oleh Allah SWT dalam beribadah mengikut kadar kemampuan.
Ø  Maka apabila ruhksah itu diberikan, bergembiralah bagi setiap amalan yang sedikit namun terus menerus dan usaha dalam mentaati perintah Allah SWT namun tidak dapat melakukannya dengan sempurna disebabkan kadar kemampuan. Contohnya bagi solat orang yang kurang upaya.

Agama itu mudah, Namun jangan kita menjadikan kemudahan yang diberikan itu sebagai alasan kita dalam melanggari perintah Allah SWT. Di mana tidak semua perkara boleh dianggap mudah dan ringan  umpamanya perintah menutup aurat. Kerana banyaknya dalil yang meWAJIBkan untuk menjaga aurat terutamanya golongan wanita. Firman Allah SWT:


$pkšr'¯»tƒ ÓÉ<¨Z9$# @è% y7Å_ºurøX{ y7Ï?$uZt/ur Ïä!$|¡ÎSur tûüÏZÏB÷sßJø9$# šúüÏRôム£`ÍköŽn=tã `ÏB £`ÎgÎ6Î6»n=y_ 4 y7Ï9ºsŒ #oT÷Šr& br& z`øùt÷èムŸxsù tûøïsŒ÷sム3 šc%x.ur ª!$# #Yqàÿxî $VJŠÏm§ ÇÎÒÈ
Maksud:
 Wahai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, Karena itu mereka tidak di ganggu. dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.                                                                                                                                                              (Surah al-Ahzab:59)



(Sahih Bukhari. Kitab Iman. Hadith No:39)

(Ibnu Hajar al-Asqalani, 2009, Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al-Bukhari. Jakarta : Pustaka Azzam)
Back to Top